Monday, 4 June 2012

Pengenalan kepada kimia

Salah satu tunjang kepada bidang sains tulen ialah kimia. Sejak pelajar diperkenalkan dengan mata pelajaran sains, pelajar akan mempelajari perkara mengenai kimia. Pastinya pelajar masih ingat bagaimana tindak balas hidrogen dan oksigen menghasilkan air dan popular dengan formula saintifiknya iaitu, H2O.


Sebenarnya, kehidupan seharian dan persekitaran kita seperti makanan, pakaian, senaman, penjagaan kesihatan sehinggalah kepada alam sekitar melibatkan bidang kimia.
Secara umum, kimia rnerupakan suatu disiplin ilmu sains tabii yang membincangkan sifat dan struktur suatu unsur atau sebatian serta proses pengubahan jirim. Molekul dan atom serta interaksi yang wujud dalam suatu sebatian dan tindak balas yang berlaku rnenjadi prinsip kepada kajian bidang kimia.Bidang ini melibatkan perkara asas dalam kimia termasuk kimia fizik, organik dan tak organik dan kimia gunaan yang meliputi kimia analisis, polimer, alam sekitar, farmasi dan kimia pemangkinan.


Mereka yang terbabit dalam bidang ini dan suka melakukan penyelidikan dipanggil ahli kimia. Ahli kimia mencari dan menggunakan secara praktikal pengetahuan baru tentang bahan-bahan. Daripada penyelidikan yang dilakukan boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan berasaskan kimia.


Sebenarnya, kerjaya di bidang ini begitu banyak terdapat sama ada di sektor awam dan swasta. Di antara kerjaya yang boleh diceburi ialah di bidang penyelidikan, perkhidmatan analisis, pengurusan industri kimia, farmasi, pembekalan alatan sains dan bidang pendidikan seperti guru dan pensyarah, perkhidmatan kesihatan, perundingan, industri pembuatan, alam sekitar dan pengeluaran.

No comments:

Post a Comment